Daftar Kehadiran (Sukarela)
Maklumat anda membantu kami memahami capaian program ini. Ia adalah sulit dan hanya untuk tujuan statistik.
Langkah #1: Dengar Kata Badan & Hati
Badan dan perasaan kita selalu beri 'hint' bila kita stres. Cuba perasan tanda-tanda ini dan luahkan apa yang anda rasa.
Tanda Perasaan
- Cepat nak marah
- Rasa risau atau sedih
- Malas buat benda yang kita suka
Tanda Badan
- Selalu sakit kepala
- Susah nak tidur malam
- Badan rasa letih sangat
Langkah #2: Belajar Bertenang & Tarik Nafas
Fokus pada masa sekarang, bukan risau benda yang dah lepas atau belum jadi. Jom cuba latihan pernafasan ini untuk tenangkan fikiran.
Langkah #3: Belajar Kata 'Tidak'
Kita perlu ada had untuk jaga masa dan tenaga. Tak salah pun utamakan diri sendiri. Klik kad di bawah untuk lihat contoh.
Di Tempat Kerja
(Klik sini)
"Boleh saya siapkan kerja ini dulu? Nanti dah siap, saya tolong ya."
Dengan Kawan-kawan
(Klik sini)
"Terima kasih ajak keluar. Tapi minggu ni saya nak rehat kat rumah je."
Langkah #4: Jangan Takut Minta Tolong
Minta tolong bukan tanda kita lemah. Ia tanda kita kuat dan berani. Jom uji pemahaman anda.
Betul atau Salah?
"Orang yang jumpa pakar psikologi ni mesti ada masalah mental yang teruk."
Jom Semak Kesejahteraan Emosi Anda
Jawab soal selidik ringkas ini untuk dapatkan gambaran tentang keadaan emosi anda **sepanjang minggu lepas**. Jawapan anda adalah rahsia.
PENAFIAN PENTING: Ini BUKAN alat diagnosis perubatan. Ia hanya untuk kesedaran diri. Sila berjumpa dengan doktor atau kaunselor untuk nasihat profesional.
Rumusan & Azam Diri
Menjaga diri adalah satu perjalanan. Mulakan dengan satu langkah kecil yang anda mampu buat.
Apa satu benda yang anda nak cuba minggu ni?
Nak Belajar Lebih Lanjut?
Imbas Kod QR
Cari senarai Pegawai Psikologi (Kaunseling) di seluruh Malaysia melalui portal rasmi KKM.
Teman Digital Anda
Kadang-kadang, kita cuma perlu meluahkan. Tulis apa sahaja di sini. Tiada siapa akan baca. Ini ruang selamat untuk anda.
Peringatan: Ini adalah program automatik, bukan manusia sebenar. Ia tidak boleh memberi nasihat. Sila dapatkan bantuan profesional jika perlu.
Disediakan Oleh
Lau Jia Yue
IPG Tengku Ampuan Afzan
Kembali ke Atas